PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENCEMARAN TERUS DICEGAH DAN DIPANTAU SEMASA CUTI UMUM TAHUN BARU CINA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 25/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENCEMARAN TERUS DICEGAH DAN DIPANTAU SEMASA CUTI UMUM TAHUN BARU CINA-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/02/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 1 Februari 2022- Cuti umum sempena Sambutan Tahun Baru Cina di negeri Terengganu tidak menjadi penyebab untuk pegawai penguatkuasa JAS Terengganu mengabaikan tanggungjawab mencegah dan memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pencegahan dan pemantauan  yang melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang, perkampungan, dan taman-taman perumahan telah dilakukan di sekitar Jalan Kuala Terengganu –  Bukit Payung – Wakaf Tapai - Ajil ke Daerah Marang melalui Pengkalan Berangan- Kg. Kubu- Kg. Tasek - Kg. Jetik - Kg. Gong Beris - Pulau Kerengga - Merchang - Bukit Kor.  Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Walau bagaimanapun, terdapat lima (5) longgok sisa-sisa pembersihan tapak,  telah dijumpai di Kawasan Perindustrian Ajil dan sepuluh (10) longgok di Kg. Kubu, Marang. Pemasangan banner Larangan  Pembakaran Terbuka di kedua-dua lokasi berkenaan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan