Penerangan
KUALA TERENGGANU, 18 Januari 2022- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu telah menjalankan Operasi Gerak dalam usaha mengawal pencemaran asap hitam berlebihan daripada kenderaan bermotor.
Dengan kekuatan anggota JAS Terengganu seramai 4 orang dan PDRM Hulu Terengganu seramai 5 orang, operasi ini menyasarkan pemeriksaan kenderaan perdagangan berenjin diesel.
Hasil operasi ini, 100 buah kenderaan telah dibuat pemerhatian secara visual. 4 buah kenderaan telah menjalani pengujian meter asap, 2 kompaun dan 4 notis arahan di bawah Seksyen 48A(7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit bagi menjalankan pengujian semula di premis Kemudahan Yang Diluluskan oleh JAS.
Operasi ini memberi tumpuan kepada pematuhan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.