Penerangan
17 Februari 2022, BATU KURAU – Satu ceramah kesedaran alam sekitar telah disampaikan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Encik Azhar Bin Zainal Abidin kepada komuniti Ladang Kumpulan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak di Dewan Orang Ramai Kampung Rendang Panjang, Batu Kurau.
Selain JAS Perak, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Perak (PERHILITAN) dan 'Malaysian Palm Oil Board' (MPOB) turut hadir di dalam program tersebut.