Penerangan
6 Februari 2022, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan Ops Bersepadu di Bandaraya Ipoh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Negeri Perak.
Ops gerak yang melibatkan seramai 8 orang pegawai JAS Perak ini telah mengeluarkan 4 notis arahan yang tertakluk di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai.