PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PENGLIBATAN PENGARAH JAS PERAK DALAM LAWATAN KERJA BERSAMA MENTERI BESAR PERAK KE PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DI SUNGKAI, PERAK

DOE Perak 25/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGLIBATAN PENGARAH JAS PERAK DALAM LAWATAN KERJA BERSAMA MENTERI BESAR PERAK KE PROJEK PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DI SUNGKAI, PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/02/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

10 Februari 2022, SUNGKAI – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Haji Rosli Bin Zul pada hari ini telah terlibat di dalam lawatan kerja bersama Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Saarani Mohamad ke projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir bersama di dalam lawatan kerja ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, YB Dato’ Mohd Zulkefly Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin. Antara agensi kerajaan berkepentingan yang turut hadir adalah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan