7 Februari 2022, SITIAWAN - Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas premis kilang kelapa sawit di Sitiawan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap syarat-syarat pada Jadual Pematuhan yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pemeriksaan memfokuskan kepada penganalisaan prestasi sistem kawalan pencemaran udara dan kolam pengolahan efluen sebagaimana kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977.
JAS Perak menggalakkan orang ramai yang ingin tampil melaporkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].