05 Februari 2022, PARIT BUNTAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran di sekitar kawasan Parit Buntar.
Pemantauan difokuskan di kawasan yang berisiko berlakunya pencemaran terutamanya premis-premis industri yang berpotensi menyebabkan pencemaran air dan udara serta pembakaran terbuka. Hasil pemerhatian tidak menemui sebarang punca pencemaran di sekitar kawasan rondaan.
Sekiranya berlaku kes pencemaran alam sekitar, Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat aduan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my