Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN KE ATAS PREMIS-PREMIS DAN RONDAAN OLEH JAS BAYAN LEPAS
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 25/02/2022
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
16 Februari 2022 (Rabu), Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas. Satu premis didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 iaitu menstor buangan terjadual melebihi 180 hari dan gagal melabel bekas-bekas buangan terjadual yang dihasilkan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil keatas premis tersebut.