Penerangan
31 Januari 2022 (Isnin), Pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Pulau Pinang telah menjalankan siasatan susulan aduan orang awam. Hasil siasatan mendapati sebuah premis berasaskan makanan yang terletak di dalam Daerah Seberang Perai Utara telah melepaskan efluen tanpa dirawat ke parit awam. Pihak premis juga telah diarahkan untuk mengambil tindakan serta merta menghentikan pelepasan tersebut dan kilang tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (efluen perindustrian) 2009