Penerangan
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KURSUS ASAS LANJUTAN PEGAWAI BAHARU JABATAN ALAM SEKITAR TAHUN 2022 BAGI KUMPULAN 1
18 Februari 2022, Bangi:
Majlis Penutup Program Kursus Asas Lanjutan Pegawai Baharu JAS 2022 Bagi Kumpulan 1 pada pagi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norhazni bt Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar, di Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS).
Dalam ucapan penutup, YBrs. Dr. TKP(P) mengucapkan tahniah kepada pihak EiMAS kerana telah berjaya melaksanakan program dan seterusnya mencapai objektif program yang lebih menumpukan kepada aktiviti secara ‘hands on’ dan praktikal di lapangan serta lawatan teknikal di premis serta stesen pengawasan yang telah dikenalpasti oleh pihak EiMAS.
Melalui ucapannya, YBrs. Dr. TKP(P) turut berpesan kepada semua peserta kursus yang bakal menjadi tulang belakang JAS, supaya terus menunjukkan kebolehan dan kesanggupan untuk menjalankan tugas-tugas yang mencabar di Jabatan demi mengekalkan alam sekitar lestari yang bebas dari pencemaran.
EiMAS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBrs. Dr. TKP(P) untuk hadir dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta Program Kursus Asas Lanjutan Pegawai Baharu JAS 2022 Bagi Kumpulan 1.