Penerangan
18 Februari 2022 , PONTIAN , Johor : Kilang yang menjalankan aktiviti pembuatan komponen basikal & aksesori memancing yang terletak di Kawasan Perindustrian Pontian telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana telah melepaskan efluen berwarna ke dalam longkang awam. Susulan itu kilang terbabit diarah memberhentikan segala aktiviti operasi secara serta-merta dan perlu mengambil langkah pembaikan dengan kadar segera bagi memastikan pencemaran yang berlaku dapat diatasi.
Premis juga telah diarahkan untuk melakukan pembersihan terhadap pencemaran yang telah dilakukan. Selain itu kompaun berjumlah RM 8,000.00 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 keatas premis tersebut.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa membuat pemantauan dan pencegahan pemcemaran walaupun cuti hujung minggu bagi Negeri Johor.Pihak industri dan mana -mana pihak adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya secara konsisten sepanjang masa.