Penerangan
22 Februari 2022, MELAKA – Satu mesyuarat bersama pihak industri dan agensi yang terpilih telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bagi menghebahkan berkaitan kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste).
Mesyuarat ini membincangkan pelaksanaan program sepertimana kempen yang telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menetapkan bahawa Sabtu terakhir setiap bulan adalah hari pengumpulan E-Waste di Malaysia untuk dilaksanakan dikalangan pekerja agensi masing-masing.
#ewaste
#jasnegerimelaka
“E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara”