PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

HEBAHAN WAWANCARA RADIO MELAKA FM BERSAMA PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 25/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HEBAHAN WAWANCARA RADIO MELAKA FM BERSAMA PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/02/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

Wawancara Radio Atas Talian Bagi Hebahan Aktiviti Pencegahan Pembakaran Terbuka Khususnya Bagi Masyarakat Di Sekitar Negeri Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka selaku agensi yang berperanan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat khususnya di Negeri Melaka untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara terutamanya pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu, menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa jika didapati bersalah melakukan aktiviti pembakaran terbuka, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan kompaun maksimum sebanyak RM 2,000. Aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] Tarikh : 21 Februari 2022 (Isnin) Masa : 1.30 pm Bersama : Puan Elbyta Rozana Binti Mohd Hatta, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Radio : MELAKAfm (102.3 Mhz) #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan