18 FEBRUARI 2022, MELAKA – Sebuah premis loji rawatan air di Melaka telah disabitkan kesalahan di Makhamah Seksyen, Melaka pada hari ini.
Pihak premis didapati telah melepaskan effluent perindustrian melebihi daripada had kepekatan yang dibenarkan sepertimana Peraturan 11(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009.
Premis telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan di bawah Peraturan 11(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 30,000.00 .
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama