PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 11/10/2021 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/02/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

18 FEBRUARI 2022, MELAKA – Unit aduan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di Seri Bendahara, Melaka pada hari ini. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti pembakaran terbuka di lokasi berkenaan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengeluarkan satu (1) surat amaran dan satu (1) kompaun kepada individu yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka berkenaan semasa siasatan. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa jika didapati bersalah melakukan aktiviti pembakaran terbuka, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan kompaun maksimum sebanyak RM 2,000. Aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan