Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM SESI DIALOG PENASIHAT UNDANG-UNDANG (PUU) JAS BERSAMA PEGAWAI TEKNIKAL JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DI AUDITORIUM RESOURCE CENTRE, TECHNOLOGY PARK MALAYSIA
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 20/02/2022
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
???Tarikh: 09.02.2022 (RABU)
??Masa: 2.30 ptg – 4.30 ptg
Kehadiran JAS: Penasihat Undang-Undang JAS, Pn. Nurliyana bt R. Azmi dan semua Pegawai Teknikal JAS WPKL
?? Objektif program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua pegawai penguatkuasa di JAS WPKL untuk sesi beramah mesra dan berdialog secara terus bersama Puan PUU JAS berkaitan perkara-perkara berbangkit yang boleh diperbaiki dan dijadikan nilai tambah terhadap isu penguatkuasaan, penyediaan kertas siasatan dan pendakwaan JAS WPKL khusus nya dan seluruh warga JAS secara amnya.
?? Program ini juga bertujuan diadakan untuk memberi pendedahan awal dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai teknikal yang baru ditugaskan ke JAS WPKL khususnya terhadap isu penguatkuasaan dan pendakwaan JAS.
?? Seramai 42 orang Pegawai Teknikal daripada Bahagian Operasi dan Pembangunan JAS WPKL telah hadir ke sesi dialog ini yang berakhir pada jam 4.30 petang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Nurliyana bt R. Azmi kerana sudi hadir untuk memberi taklimat, pesanan dan nasihat yang amat berguna kepada seluruh warga teknikal JAS WPKL. Semoga program ini memberi banyak manfaat dan menaikkan lagi semangat pegawai JAS WPKL untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang dalam penguatkuasaan dan pendakwaan.