Penerangan
JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN SERTA PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA
12 FEBRUARI 2022, NILAI - Pemantauan pencemaran dan rondaan pencegahan pembakaran terbuka diteruskan oleh JAS Negeri Sembilan di Kawasan Industri Senawang dan Perindustrian Okland. Sepanjang rondaan di dapati tiada pelepasan yang mencurigakan dan abnormal dikesan. Kebanyakan kilang-kilang didapati tidak beroperasi.
Semasa rondaan tiada pembakaran terbuka dikesan. Semua pihak diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.