PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

PREMIS DAN PENGARAH SYARIKAT DIDENDA RM 55,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA

DOE Melaka 15/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS DAN PENGARAH SYARIKAT DIDENDA RM 55,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
15/02/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

14 Februari 2022, MELAKA - Satu premis cadangan pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini. Tertuduh didapati telah menjalankan aktiviti kerja tanah dan membuat tapak untuk membina tangki bagi pemerolehan kembali buangan minyak terpakai tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Tertuduh telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan di bawah Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 55,000.00. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan