Penerangan
31 Januari 2022 Alor Setar, Kedah
Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Kedah bersama-sama dengan anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah telah melaksanakan Ops Gerak di sekitar kawasan Kubang Pasu. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah.
Operasi ini mensasarkan pemeriksaan bunyi bising motosikal dan pelepasan asap hitam kenderaan perdagangan.
Sebanyak 23 buah kenderaan perdagangan berenjin diesel menjalani ujian meter dan satu (1) kompaun serta notis telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Bagi pemeriksaan bunyi bising motosikal, sebanyak lapan (5) buah motosikal telah menjalani ujian bunyi bising.
Seramai tujuh (7) orang pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Kedah telah terlibat dalam operasi tersebut.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi AKAS 1974 terutama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) (Pindaan) 2000.