Penerangan
PERLIS, 8 Februari 2022- Unit EIA dan Penguatkuasaan EIA JAS Perlis telah mengadakan perbincangan bersama pemaju projek EIA dan juruperunding mengenai permohonan pelan penutupan dan pemuliharaan projek (abandonment and rehabilitation plan) secara bersemuka di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis.
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Tuan Ts. Mohamad Fitri Bin Said turut membincangkan maklumat yang dicadangkan melalui permohonan abandonment plan dan isu-isu berkaitan pematuhan syarat-syarat kelulusan EIA oleh pemaju projek EIA tersebut sebelum permohonan dipertimbangkan oleh Jabatan ini.
Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Ketua Bahagian Operasi 1, pegawai penilai, pemaju, Environmental Officer dan juruperunding.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis2022