Penerangan
TARIKH : 6/2/2022 (AHAD)
MASA : 1.00PM - 7.00PM
LOKASI :-
- Pasukan peronda menjalankan rondaan disekitar kawasan Johan Setia melibatkan laluan Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kebun Nenas, Jalan Utama Johan Setia, Jalan Klang Banting, Jalan 4, Jalan Tengah 2, Jalan Halia Muda,
- Keadaan cuaca mendung dan Hujan (Petang) dikawasan pertanian Kg. Johan Setia, keseluruhan kawasan dibasahi hujan lebat selama 2 jam bermula dari jam 2pm-4pm. Paras Air sungai adalah tinggi memandangkan parit sekitar dipenuhi air dan keadaan tanah juga adalah basah.
- Sepanjang Tempoh rondaan selepas hujan melalui laluan yang tersenarai diatas mendapati keseluruhan kawasan Revolusi hijau Johan setia tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kesan. keadaan cerah dan bersih dari sebarang jerebu
- Secara keseluruhan keadaan adalah baik dan terkawal.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Pemerhatian dibuat ke atas pelepasan asap hitam cerobong, pelepasan effluen dan pembakaran terbuka.