Penerangan
3 Februari 2022, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perlis di Km 15, Jalan Kangar – Padang Besar bermula jam 10.00 pagi.
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Sebanyak 43 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 6 buah kenderaan telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, Satu (1) kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996 dan satu (1) Notis Arahan Uji Semula Seksyen 48A di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, telah dikeluarkan.
Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis2022