PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU BIL 2/2022 JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI PERLIS

DOE Perlis 10/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU BIL 2/2022 JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI PERLIS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
10/02/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

30 Januari 2022, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perlis di Km 4, Jalan Kuala Perlis - Changlun bermula jam 5.00 petang. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 18 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 7 buah kenderaan telah diuji. Tiada kompaun dan notis dikeluarkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan