Penerangan
31 Januari 2022, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perlis di Km 26, Jalan Kuala Perlis - Changlun bermula jam 5.00 petang.
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Sebanyak 22 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 5 buah kenderaan telah diuji. Tiada kompaun dan notis dikeluarkan.
Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis2022