PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN DAN RONDAAN PENCEMARAN SERTA PEMBAKARAN TERBUKA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 20/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN DAN RONDAAN PENCEMARAN SERTA PEMBAKARAN TERBUKA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/02/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

PEMANTAUAN DAN RONDAAN PENCEMARAN SERTA PEMBAKARAN TERBUKA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN 1 FEBRUARI 2022, SEREMBAN - Rondaan pencemaran dan pemantauan pembakaran terbuka diteruskan oleh JAS Negeri Sembilan. Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Nilai iaitu di kawasan Industri Arab Malaysian, Nilai 3 dan Nilai 7. Sepanjang pemantauan dan rondaan di kawasan industri tersebut tiada menemui sebarang pelepasan abnormal. Satu aduan pembakaran terbuka telah diterima pasukan rondaan. Siasatan mendapati aduan berasas. Pelaku diberikan amaran tegas oleh pegawai penyiasat dan risalah larangan pembakaran terbuka turut diedarkan. Melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan tindakan kompaun RM 2000.00 dan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan kepada pelaku. Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727, email kepada [email protected] atau layari portal aduan JAS di https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan