PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA KE JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 04/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA KE JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/02/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA KE JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN 3 FEBRUARI 2022, SEREMBAN - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah Binti Haji Saedon telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Ahmad Fadhli Bin Aziz, Pengurus Besar (Hal Ehwal Pemegang Taruh), TNB Melaka dan Negeri Sembilan bersama-sama Encik Zahrul Effendy bin Shahid, Pengurus (Hal Ehwal Pemegang Taruh), TNB Negeri Sembilan. Pegawai kanan JAS Negeri Sembilan yang turut hadir, Encik Sivanathiran a/l Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Mohd Asri Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah dan Encik Muhammad Fitri Bin Soroni, Penolong Pengarah, JAS Negeri Sembilan. Kedua-dua pihak sepakat terus melaksanakan pemantapan pematuhan di bawah AKAS 1974. Turut dibincangkan juga program-program anjuran JAS Negeri Sembilan dengan kerjasama strategik bagi melestarikan alam sekitar. Jabatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kunjungan tersebut. Semoga kunjungan ini akan mengeratkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik JAS dan Tenaga Nasional Berhad di masa-masa akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan