Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 04/02/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
30 Januari 2022, Seremban - JAS Negeri Sembilan terus komited menjalankan pemantauan bagi memantau aktiviti mencurigakan atau yang berisiko mencemarkan alam sekitar di kawasan Perindustrian sekitar Negeri Sembilan. Pemantauan aktiviti pembakaran terbuka juga dilakukan di kawasan-kawasan taman perumahan.
Pemantauan dilakukan di takat pelepasan akhir efluen premis yang telah dikenalpasti berisiko mencemarkan bagi memastikan tiada efluen tidak terawat dilepaskan terus ke dalam longkang awam.
Rondaan pemantauan ini adalah bagi memastikan premis di kawasan perindustrian sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan mencegah aktiviti pembakaran terbuka oleh orang awam.