Penerangan
JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN TERUS MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN SERTA PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA CUTI TAHUN BARU CINA
2 FEBRUARI 2022, NILAI - Pemantauan pencemaran dan rondaan pencegahan pembakaran terbuka diteruskan oleh JAS Negeri Sembilan di Kawasan Industri sekitar Nilai. Sepanjang rondaan di dapati tiada pelepasan yang mencurigakan dan abnormal dikesan. Kebanyakan kilang-kilang didapati tidak beroperasi semasa Cuti Tahun Baru Cina.
Pasukan rondaan telah menemui tapak sampah haram dan sedang terbakar. Tindakan pemadaman segera dilakukan bagi mengelakkan api merebak.
Tiada pelaku dikesan semasa siasatan. JAS Negeri Sembilan akan terus bekerjasama dengan pihak SW Corp Negeri Sembilan bagi menghentikan tapak sampah haram dijadikan kawasan pembakaran terbuka.
JAS Negeri Sembilan telah memasang banner larangan pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Pihak pelaku sedang dikenalpasti untuk kes disiasat di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Semua pihak diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.