Penerangan
PENGUATKUASAAN POST EIA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI BAWAH AKAS 1974
20 Januari 2022, Kota Bharu - JAS Kelantan komited dalam menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap Projek EIA (Environmental Impact Assessment) bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Kegagalan pemaju projek mematuhi Seksyen 34A (7), AKAS 1974 boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34A ( yang mana boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengkehendakinya mematuhi tindakan yang dinyatakan di dalamnya itu.
#KementerianAlamSekitardanAir
#JabatanAlamSekitar
#Jaskelate2022
#AlamSekitarTanggungjawabBersama