SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN
20 Januari 2022, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar Kelantan komited dalam menjalankan siasatan aduan di sekitar Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan.
Jika didapati melakukan pembakaran terbuka, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.
Orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya sewaktu cuaca panas dan kering.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#Jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama