Penerangan
PENGUATKUASAAN TERHADAP PREMIS PENGENDALI BERKUMPULAN (FLEET OPERATOR) OLEH JAS NEGERI KELANTAN
23 Januari 2022, Kota Bharu - Unit Kenderaan Bermotor (UKB), Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menjalankan penguatkuasaan rutin di premis pengendali berkumpulan (Fleet Operator) di Kota Bharu, Kelantan.
Pemeriksaan yang dijalankan berpandukan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (AKAS 1974)
#KementerianAlamSekitardanAir
#JabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#AlamSekitarTanggungjawabBersama