PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

HARI PERTAMA OPS GEMPUR BERSEPADU BERSAMA JAS CAWANGAN GUA MUSANG TERHADAP PEMATUHAN SEMUA PROJEK EIA JAJAHAN GUA MUSANG

DOE Kelantan 04/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HARI PERTAMA OPS GEMPUR BERSEPADU BERSAMA JAS CAWANGAN GUA MUSANG TERHADAP PEMATUHAN SEMUA PROJEK EIA JAJAHAN GUA MUSANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/02/2022
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Kelantan

Penerangan

OPS GEMPUR BERSEPADU BERSAMA JAS CAWANGAN GUA MUSANG TERHADAP PEMATUHAN SEMUA PROJEK EIA JAJAHAN GUA MUSANG 24 Januari 2022, Gua Musang - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama dengan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah berganding bahu melakukan operasi bersepadu di sekitar projek perlombongan Jajahan Gua Musang, Kelantan. Jabatan Alam Sekitar Kelantan terus mempergiatkan usaha dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas projek – projek yang telah mendapat kelulusan EIA (Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar) .Ini adalah bertujuan untuk memastikan pemaju dan kontraktor projek tersebut mematuhi sepenuhnya syarat – syarat kelulusan EIA yang telah ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanAlamSekitar #jaskelate2022 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan