ADUAN PENDUDUK PENCEMARAN ANAK SUNGAI PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU
24 Januari, Kota Bharu - Aduan berkaitan pencemaran sampah domestik diterima daripada penduduk sekitar Pengkalan Chepa telah diterima melalui E-aduan. Siasatan oleh unit pengawasan dan kontigensi tumpahan minyak Jabatan Alam Sekitar Kelantan mendapati aliran anak sungai telah tersumbat dengan pembuangan sampah domestik ke dalam sungai dan keadaan ini menyebabkan aliran air tersekat. Aduan ini dipanjangkan ke pihak berkuasa berkaitan iaitu Jabatan Pengairan Dan Saliran Kota Bharu dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama