PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT UNIT ADUAN JAS KELANTAN PADA MUSIM PANAS DAN KERING

DOE Kelantan 04/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT UNIT ADUAN JAS KELANTAN PADA MUSIM PANAS DAN KERING
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/02/2022
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Kelantan

Penerangan

RONDAAN OMPT UNIT ADUAN JAS KELANTAN PADA MUSIM PANAS DAN KERING 24 Januari 2022, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar Kelantan komited dalam melaksanakan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka(OMPT) pada musim panas dan kering ketika ini. Rondaan dilakukan sekitar kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanAlamSekitar #jaskelate2022 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan