PEMANTAUAN PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA DI UDARA MENERUSI DRON
24 Januari 2022, Bachok - Jabatan Alam Sekitar Kelantan komited dalam menjalankan pemantauan pencegahan pembakaran terbuka terutama ketika musim panas dan kering ketika ini. Pemantauan dijalankan di udara menerusi Dron digunakan bagi membantu kawasan yng terlindung atau tidak dapat dilihat dengan jarak dekat. Pemantauan dilakukan sekitar Tapak Pelupusan Sampah Beris Lalang, Bachok.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama