OPS GEMPUR BERSEPADU BERSAMA PEJABAT TANAH DAN GALIAN DAN JABATAN PERHUTANAN KELANTAN TERHADAP PEMATUHAN PROJEK EIA DI JAJAHAN GUA MUSANG
26 Januari 2022, Gua Musang - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama dengan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah berganding bahu bersama Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan dan Jabatan Perhutanan Kelantan dalam melakukan operasi bersepadu projek EIA sekitar Jajahan Gua Musang, Kelantan.
Jabatan Alam Sekitar Kelantan terus komited mempergiatkan usaha dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas projek – projek yang telah mendapat kelulusan EIA (Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar).Ini adalah bertujuan untuk memastikan pemaju dan kontraktor projek tersebut mematuhi sepenuhnya syarat – syarat kelulusan EIA yang telah ditetapkan.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama