PEMERIKSAAN BAGI PEMATUHAN PROJEK EIA DI LOJING, GUA MUSANG OLEH JAS KELANTAN CAWANGAN GUA MUSANG
27 Januari 2022, Lojing - Jabatan Alam Sekitar Kelantan Cawangan Gua Musang komited dalam melakukan pemeriksaan projek EIA di Tanah Tinggi Lojing, Jajahan Gua Musang. Pemeriksaan dan pematuhan syarat-syarat EIA dilakukan ke atas satu projek pertanian bercampur (sayuran dan buah-buahan)
Jabatan Alam Sekitar Kelantan terus komited mempergiatkan usaha dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas projek – projek yang telah mendapat kelulusan EIA (Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar). Ini adalah bertujuan untuk memastikan pemaju dan kontraktor projek tersebut mematuhi sepenuhnya syarat – syarat kelulusan EIA yang telah ditetapkan.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan - peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama