Penerangan
JAS KELANTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN OPS SELAMAT 17/2022 DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
27 Januari 2022, Tunjong - Jabatan Alam Sekitar Kelantan telah turut sama menghadiri Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 sempena Tahun Baru Cina 2022 Peringkat Negeri Kelantan dengan Tema "Rumah Selamat dan Selamat Menuju Ke Destinasi" yang telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negeri Kelantan, YDH CP Dato' Shafien bin Mamat di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di Tunjong, Kota Bharu. Objektif dan matlamat majlis diadakan adalah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kadar kes jenayah.
Hadir sama majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Muhammad Zaki bin Hj Harun. Wakil Pengarah JAS Kelantan, Encik Mohd Ridhuwan bin Ramli hadir pada majlis tersebut. Majlis ini turut menjemput wakil pelbagai agensi kerajaan lain iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat, St John Ambulance, Kementerian Kesihatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
Jabatan Alam Sekitar Kelantan sentiasa memberi komitmen bersama agensi-agensi kerajaan lain terutama ketika menjalankan penguatkuasaan serta pemeriksaan premis dan kenderaan bermotor secara bersepadu.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama