Penerangan
OPERASI BERSEPADU BERSAMA JPJ DAN AADK SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA SIRI 1/2022
30 Januari 2022, Labok, Machang- Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah bekerjasama menjalankan Operasi Bersepadu di JPJ Labok, Machang.JAS turut menjalankan penguatkuasaan ke atas bunyi bising kenderaan jenis motosikal.
Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal sehingga menyebabkan pelepasan bunyi melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama