RONDAAN OMPT UNIT ADUAN JAS KELANTAN PADA MUSIM PANAS DAN KERING
03 Februari 2022, Machang - Jabatan Alam Sekitar Kelantan komited dalam melaksanakan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) pada musim panas dan kering ketika ini. Rondaan dilakukan sekitar kawasan Machang. Terdapat pembakaran terbuka di Pulai Chondong, Machang.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama