PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR JAS NEGERI PERLIS BIL. 1/2022

DOE Perlis 04/02/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR JAS NEGERI PERLIS BIL. 1/2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/02/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

Operasi Ops Gempur kali ini telah diadakan pada 18 Januari sehingga 20 Januari 2022 ke atas premis-premis yang terletak di negeri Perlis. Ops ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis seramai enam (6) orang yang dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas lapan belas (18) premis dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah Arahan Lapangan sebanyak lapan belas (18), Satu (1) Notis Arahan dan satu (1) Kompaun. Diharapkan dengan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ops ini telah berjaya dilaksanakan dengan meningkatnya pematuhan semasa dan mencapai objektifnya. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasperlis2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan