Penerangan
20 Januari 2022, BIDOR – Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan pemerhatian dan pemantauan pelepasan asap hitam dari cerobong premis di sekitar Kawasan Perindustrian Bidor. Walau bagaimanapun, pasukan pemantauan tidak mengesan sebarang pelepasan asap hitam dari cerobong industri di sekitar kawasan tersebut.
JAS sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan bagi mengesan pencemaran yang memudaratkan alam sekitar. Oleh yang demikian, premis industri adalah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan melakukan sebarang pelepasan atau aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar dan sentiasa memastikan pelepasan efluen dan udara mengikut standard pelepasan yang telah ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.