Penerangan
10 Januari 2022, IPOH – JAS Perak pada hari ini telah menjayakan mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli itu turut membincangkan perkara-perkara berkaitan program kesedaran alam sekitar yang boleh dijalankan dengan jalinan kerjasama antara dua pihak.