26 Januari 2022, SLIM RIVER – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menerima aduan orang ramai mengenai pembakaran terbuka berdekatan lebuhraya PLUS.
Susulan aduan tersebut, penguatkuasa JAS Perak telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan perundangan terhadap pelaku yang telah melakukan pembakaran terbuka terbabit di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana boleh dikenakan kompaun RM2,000.00 bagi setiap longgokkan. Pelaku juga boleh dikenakan hukuman denda RM500,000.00 atau penjara maksimum lima tahun atau pun kedua-duanya sekali.
Orang ramai adalah diseru untuk melaporkan sebarang kes pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].