Penerangan
28 Januari 2022, IPOH - Pegawai Jabatan Alam Sekitar Perak bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak telah menjalankan Ops Bersepadu bagi pemeriksaan kenderaan bermotor di Km 23, Sungai Siput (U) pada hari ini.
Ops ini telah berjaya mengeluarkan 4 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 10 notis arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas pemilik-pemilik kenderaan yang gagal patuh.
Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai.