PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENGUMPULAN SISA BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) DI AEON BANDARAYA, MELAKA

DOE Melaka 31/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN SISA BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) DI AEON BANDARAYA, MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/01/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

31 Januari 2022, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Meriahtek (M) Sdn Bhd telah bersama-sama menjayakan program pengumpulan E-Waste pada 29 Januari 2022 yang lalu. Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menetapkan bahawa Sabtu terakhir setiap bulan adalah hari pengumpulan E-Waste di Malaysia. Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyEwaste di telefon pintar untuk mengetahui lokasi pengumpulan E-Waste di Malaysia. Selain daripada aktiviti pengumpulan E-Waste, turut diadakan hebahan berkaitan larangan pembakaran terbuka, pameran alam sekitar dan pendaftaran ahli rakan alam sekitar (RAS). #RakanAlamSekitar #ewaste #jasnegerimelaka “E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara”

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan