Penerangan
TARIKH: 23 -25 JANUARI 2022 (AHAD – SELASA)
TEMPAT : THE STRAITS HOTEL & SUITES, MELAKA
Pada 23-25 Januari 2022, seramai 50 orang Pegawai Gred 44 hingga 54 telah terlibat dalam Bengkel Pengukuhan Jawatan Jabatan Alam Sekitar. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan menyediakan dokumen pengukuhan JAS seluruh Malaysia khususnya di daerah - daerah. Bengkel ini juga diadakan bagi memudahkan jawatankuasa pengukuhan JAS untuk menyediakan kertas cadangan pengukuhan yang komprehensif dan menyeluruh untuk disediakan dan dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dan kelulusan. Terdapat lima (5) zon yang terlibat iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan dan Borneo dan setiap zon diketuai oleh Pengarah JAS Negeri.