Penerangan
Kawasan Perindustrian Pontian, 10 Januari 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang ditetapkan (buangan terjadual) berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding perlu mengemukakan semula maklumat lengkap pada lukisan "as-built" dan rekod pemantauan prestasi. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut kepada Garis Panduan yang ditetapkan.
Pemeriksaan ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.