Penerangan
Kulai,10 JANUARI 2022 : JAS Negeri Johor telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran daripada aktiviti perindustrian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Hasil penguatkuasaan dan pemantauan mendapati premis patuh terhadap segala peraturan dan arahan dilapangan dikeluarkan bagi premis meneruskan pematuhan kepada setiap Peraturan berkaitan. Premis diminta mengambil pendekatan yang proaktif untuk mengelakkan sebarang pencemaran. Jabatan ingin menyeru semua premis industri yang beroperasi untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran.