Penerangan
3 JANUARI 2022, PASIR GUDANG : Pengurus dan Pengarah sebuah kilang berasaskan makanan di Pasir Gudang telah ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bagi membantu siasatan kerana melepaskan air buangan efluen tidak terolah secara pintasan (bypass) ke Sungai Perembi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM 100,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.